Tuesday, October 13, 2009

KPJ di Kuala Terengganu

Setelah sekian lama menyepi akhirnya KPJ kembali di Kuala Terengganu pada 12 oktober 2009. Dianggarkan lebih dari 200 ahli hadir ke kuliah tersebut. Sambutan tersebut menandakan betapa setianya dan tingginya harapan para ahli terhadap HPA untuk terus memperjuangkan produk halal untuk umat islam. Kuliah yang disampaikan oleh Tn Haji Ismail menumpukan kepada produk beras perang yang mempunyai banyak khasiatnya..antara khasiatnya ialah untuk melancarkan pembuangan air kecil, untuk menurunkan panas badan, untuk merawat penyakit ghout dan sakit-sakit sendi, menurunkan tekanan darah tinggi, sering digunakan untuk mengeluarkan batu karang didalam pundi kencing dan baik untuk perkembangan otak anak-anak di dalam kandungan ibu. Ia juga boleh merawat masalah enemia iaitu kekurangan darah serta masalam insomnia (sukar tidur pada waktu malam). Tn Haji Ismail juga turut membincangkan kelebihan produk terbaru HPA iaitu Omega Softgel King Solomon yang mempunyai gabungan omega 3, omega 6 dan juga omega 9 yang baik untuk otak, penglihatan dan juga jantung. Ilmu yang dikongsi oleh Tn Haji Ismail melalui Kuliah Perubatan Jawi ini amat berharga dan berguna didalam kehidupan kita sehari-harian. Semoga kita sentiasa memanfaatkannya dan terus berjuang bersama-sama HPA dengan menghadiri semua kursus-kursus dan juga kuliah yang dianjurkan oleh HPA juga terus memperjuangkan produk halal seperti yang dilaungkan oleh HPA " Produk Halal, Tanggungjawab Bersama".

No comments: