Wednesday, September 24, 2008

Para Pejuang HPA Kemaman


Kelab HPA Kemaman telah ditubuhkan pada awal tahun ini. Kelab ini diterajui oleh Hajjah Fainah Mat dibantu oleh Haji Zakaria Mohammad dan tidak lupa juga Yang Berhormat PJS Ustaz Jamaluddin Jusuh selaku Penasihat Kelab HPA Kemaman sekaligus menjadi pemangkin utama dalam membangunkan HPA Kemaman.

Dan kekuatan utama kelab HPA Kemaman datang daripada semangat ahli-ahli Jawatankuasa Kelab HPA Kemaman yang didokong oleh yang dihormati Ustaz Nik Nasri selaku setiausaha kelab, Pn. Fauziana selaku bendahari serta para-para AJK En.Abd Razak beserta isterinya Pn.Noor Azimah, Pn.Zalina , Pn. Suriani, Haji Zulkifli, En. Baharuddin, Pn.Siti Fazilah, En.Ahmad Khaizal serta En.Ahmad Naguib.

Kami sebagai Staf HPA amat berbesar hati dengan kewujudan Kelab ini yang banyak membantu kami dalam membangunkan HPA Kemaman. Jasa dan pengorbanan AJK Kelab HPA Kemaman amat kami hargai dan kami lakarkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama daripada Ahli Kelab HPA Kemaman. Semoga Kelab HPA Kemaman akan terus maju jaya berjuang bersama HPA Cawangan Kemaman..insyaALLAH...Teruskan Perjuangan!!!

Tuesday, September 23, 2008

Persiapan hari raya..

salam..
hari raya bakal menjelma..permintaan terhadap air cola sarsi dan juga ayam semakin bertambah. Risau kami memikirkannya kerana bekalan kami masih tidak mencukupi. Apa yang kami mampu lakukan ialah memastikan customer2 kami bersabar..insyaAllah..lori yang bakal tiba hari ini atau esok akan bakal mengubati hati customer2 kami yang sanggup bersabar..itulah harapan kami...kepada para customer kami..bersabarlah yek..di bulan puasa ney..kesabaran memberi kita lebih banyak pahala..dan anggaplah ini semua ujian daripada NYA yang maha esa...

Friday, September 19, 2008

Excited bila lori barang sampai :-)























Stok kopi dan ubat yang menimbun di stor.. harapnya dapat menampung permintaan untuk sambutan raya aidilfitri..

so, warga kemaman apa tunggu lagi..jom la berbelanja di hpa..

Lori barang sampai lagi..

19 september 2008

Lori barang datang lagi membawa barang-barang pesanan kami. actually, terkezut juga kerana rasanya baru aje lori sampai dua hari lepas. tapi ape2 pun kami staff kemaman mengucapkan terima kasih kepada pengurus dan staff gudang kuala krai serta driver yang begitu komited menjalankan tugas.

rase2nye jugak la ini la kali pertama order kami 70 peratus menepati kuantiti yang diminta. menimbun tinggi kotak kopi kecik di stor, kalah mat
dengan tinggi kopi tu hehhe..

tapi, kami masih lagi kehabisan stok kopi jumbo dan juga menghadapi masalah yang sangat kritikal dalam mengendalikan stok radix cola dan sarsi. kami berharap agar pihak yang berkenaan dapat la menghantar lebih banyak lagi katon2 air berkarbonat. kesian la dekat kami yang terpaksa berhadapan dengan komen dan komplen dan juga sungutan customer..tetapi kerana sesungguhnya kami ini berpuasa maka kami sentiasa mengamalkan senyuman manis bergula walaupun pahit jugak nak menelannya hehhe..

well, kerenah customer mematangkan kami semua..dan penawar kami adalah pastinye seperti anda semua...gelak ketawa dan gurau senda sesama staff membantu mood kami untuk sparkle oways like diamond hehhe..

okay, sampai di sini coretan hari ni..till fingers meet the keyboard again!

~nanfadhilah~

Thursday, September 18, 2008

Opis kami..





STOR DI BAWAH SELIAAN MAT



















Pertama kali...

Pertama kali post dihantar untuk blog hpa kemaman ini. Blog ini sekadar tempat kami staff cawangan kemaman mencorat coret catatan harian kami. adalah diingatkan bahawa ini bukan lah blog rasmi syarikat, namun yang pasti anda semua dijemput memberikan komen, pendapat dan cadangan yang dapat membina jati diri kami dalam memberikan khidmat yang terbaik untuk anda semua.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli Hpa yang tak jemu-jemu bertandang ke cawangan kemaman..

Syukran Jazilan.


~nanfadhilah~