skip to main |
skip to sidebar
Hari jumaat adalah hari yang paling rest dalam kebanyakan hari untuk kami. tak ramai customer yang datang membeli dan kami sempat la menyiapkan mana2 kerja yang tertangguh dek kesibukan melayan customer pada hari2 biasa.hari ini hanya fadhilah dan mat sahaja yang bertugas. ida dan nor bercuti.selamat balik kampung kepada ida dan kepada pengurus kami semoga cepat sembuh.ameen..
Tempat kopi jumbo yang kosong di stor kami..lagiii kosong di hadapan...
Hari ini adalah hari raya ketujuh, HPA Kemaman telah mula beroperasi pada hari raya ketiga lagi. Fadhilah dan Haida mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pengurus- Norhidayah dan trainee Mohd Nasruddin kerana sanggup mengorbankan cuti mereka dengan memberikan kami cuti sehingga hari raya kelima. Jualan Hpa Kemaman pada bulan ramadhan menunjukkan julat perbezaan yang tidak sampai RM1000 dari bulan sebelumnya. Alhamdulillah, walaupun waktu jualan setiap hari adalah lebih singkat sejam daripada hari-hari biasa, nampak gayanya memang kuasa membeli di kalangan ahli-ahli hpa kemaman adalah tinggi. di sebalik keletihan berpuasa, staf-staf cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik, namun jika terdapat kekurangan di mana-mana, maafkanlah kami.sempena bulan Syawal yang mulia, warga hpa kemaman mengucapkan selamat menghayati keberkatan syawal dan seperti kebiasaannya ungkapan yang sinonim dengan suasana raya-maaf zahir dan batin!
~nan fadhilah~