Saturday, October 17, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya




Walaupun syawal sudah sampai ke hujungnya namun ia tidak menghalang HPA zon timur untuk mengadakan jamuan raya bersama-sama PJS- PJS dari Kelantan, Pahang dan Terengganu dan disertai oleh GM En.Faisol juga AGM En.Ismail omar. Sambutan ini telah diadakan pada 15 Oktober 2009 bertempat di Restoren Paradise Kuala Terengganu. Majlis yang dipengerusikan oleh PJS Ust.Jamaluddin Jusoh itu cukup menarik hati dengan ucapannya yang membuatkan para tetamu begitu bersemangat dengan setiap bicaranya yang memperjuangkan produk HPA . Tidak ketinggalan juga ucapan dari PJS ust Ramizu yang begitu memberangsangkan dan penuh bersemangat dan dikemuncaknya ucapan dari GM AL-Wahida Marketing iaitu En.Faisol yang terus menaikkan lagi semangat para-para PJS dan juga staf untuk memperjuangkan produk HPA dan membantu umat Islam yang kini semakin leka dengan produk-produk yang dikhuatiri kesuciannya. Oleh itu, teruskanlah berjuang wahai para-para PJS HPA..kami disini sentiasa menyokong..

No comments: